BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 9 March 2011

(^_^)v

Aku amat tertarik dgn sajak yg bru aku bca niyh ;


 Sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami

Sekiranya, 
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah, 
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga,
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah kedalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun, 
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

Aminah Qutb 

*Aminah Qutb adalah adik kpd tokoh terkenal, Syed Qutb yang mati digantung kerana ketajaman penanya.
*Dipetik dari buku Pemilik Cintaku
*Ya Allah, aku bermohon pada-Mu agar buka kan pintu hatiku utk berhijrah kpd jalan yang Kau redhai. Amin~





0 comments: